Penglibatan kuasa asing Serangan Indonesia ke atas Timor Leste

Amerika Syarikat

Pemerintahan Gerald Ford tidak melihat kawasan tersebut berkepentingan tinggi, apatah lagi dengan Hubungan Amerika Syarikat–Indonesia yang semakin menguat selepas kejatuhan Saigon pada pertengahan tahun 1975. Oleh demikian, Ford merasakan beliau lebih baik menyebelahi dengan Suharto dalam dasar-dasarnya demi mengukuhkan hubungan antara dua negara pimpinan mereka.[35] 

Australia penglibatan

Pada bulan September 2000, Jabatan Luar Negeri dan Perdagangan Australia mengeluarkan fail rahsia yang menunjukkan bahawa pernyataan dari kerajaan Gough Whitlam barangkali menggalakkan rejim Suharto menyerang Timor Timur.[36] Kerajaan-kerajaan pimpinan Fraser, Hawke dan Keating didakwa bekerjasama dengan tentera Indonesia dan Presiden Suharto menyembunyikan maklumat mengenai keadaan di sana serta menjaga kawalan Indonesia terhadap kawasan tersebut.[37] Perkara ini mendatangkan kemarahan kepada warga awam Australia akibat kes Balibo Five serta terkesan daripada sumbangan warga Timor terhadap tentera Australia dalam Perang Dunia Kedua sehingga banyak tunjuk perasaan dilakukan membantah campur tangan itu.[petikan diperlukan]

Tindak balas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Pada 12 Disember 1975, Perhimpunan Agung PBB mengambil resolusi yang "sangat mengancam" serangan Indonesia ke atas Timor Timur serta menuntut Jakarta menarik tenteranya "tanpa berlengah-lengah" dan membiarkan penduduk pulau itu menggunakan hak mereka untuk menentukan nasib mereka sendiri. Resolusi tersebut juga meminta agar Majlis Keselamatan PBB segera mengambil tindakan memelihara kestabilan dalam wilayah Timor Timur.[38]

Rujukan

WikiPedia: Serangan Indonesia ke atas Timor Leste http://www.angkasa-online.com/09/05/militer/milite... http://www.copi.com/articles/etimorus.html http://www.highbeam.com/doc/1P1-31689348.html http://cip.cornell.edu/DPubS?service=Repository&ve... http://cip.cornell.edu/Dienst/UI/1.0/Summarize/sea... http://www2.gwu.edu/~nsarchiv/NSAEBB/NSAEBB62/ http://prpm.dbp.gov.my/ http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=contoh&d=3762... http://www.converge.org.nz/pma/etjour.htm http://www.cavr-timorleste.org/en/Brief.htm